Konsep dan isu keselamatan insan / Rashila Ramli & Nor Azizan Idris -- Mangsa pemerdagangan manusia dan mangsa yang diperdagangkan / Nafisah bte. Ilham Hussin -- Penghapusan diskriminasi terhadap wanita dan pemerkasaan wanita di Malaysia / Sharifah Syahirah bte. Syed Sheikh -- Peranan elit bukan politik dalam penggubalan pembuatan akta keganasan rumahtangga di Malaysia dan Indonesia / Diana Fawzia As -- Keselamatan insan dan kesan pengedaran SKR di wilayah konflik di Indonesia / Denik Iswardani Witarti -- Dasar makanan negara / Rasheed Mohamed Kutty -- Menangani pemanasan global dan keselamatan insan / Nur Azah bte. Razali.
Walaupun dasar pembangunan di Malaysia turut memberi tumpuan terhadap isu sekuriti makanan, ia tidak efektif dan telah memberi kesan negatif terhadap keselamatan insan di Malaysia. Artikel ini bertujuan menganalisis isu dan cabaran pelaksanaan dasar berhubung sekuriti makanan di Malaysia dari tahun 1981 hingga 2012. Kajian ini menghujahkan isu dan cabaran pelaksanaan dasar sekuriti makanan adalah sebahagiannya disebabkan oleh kegagalan kerajaan dalam merangka dasar yang efektif dan tidak selari dengan proses globalisasi. Metodologi kajian telah mengumpulkan kedua-dua data primer dan sekunder. Data primer dikutip melalui kaedah temu bual terhadap kumpulan pakar termasuk ahli akademik, pembuat dasar, badan bukan kerajaan dan juga orang awam dan data daripada analisis kandungan. Sementara data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan meliputi dokumen bercetak dan elektronik termasuk buku dan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan dasar berkaitan sekuriti makanan di Malaysia adalah tidak efektif kerana pertama, Malaysia tidak memiliki suatu dasar yang konkrit dan komprehensif sejak dari awal merdeka sehingga kini; kedua, dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula dari tahun 1980-an tidak seimbang dan mengabaikan pembangunan sektor pertanian, khususnya tanaman makanan; ketiga, pelaksanaan dasar dan strategi berkaitan sekuriti makanan tidak konsisten di peringkat nasional; dan keempat, globalisasi menjadikan isu sekuriti makanan bertambah serius. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar berhubung sekuriti makanan sehingga kini telah menyebabkan kemerosotan pertumbuhan sektor makanan dan meningkatkan kebergantungan makanan terhadap pasaran antarabangsa. Secara tidak langsung, ia memberi impak negatif pada keselamatan insan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan supaya sektor pertanian diberikan perhatian serius oleh kerajaan untuk mengurangkan pergantungan terhadap import makanan di samping untuk menjamin keselamatan insan.
Migration is an old issue in development, a manifestation of people's mobility as a response to socio-economic and physical changes around them, with the ultimate objective of enhancing the migrants' quality of life. However, this phenomenon is worth examining especially in this age of globalisation which encourages and accentuates human mobility for several reasons. The impact and implication of migration demand a multi-dimensional approach analysis and comprehension. This paper has three objectives. First, it highlights the inlux of foreign workers to Sabah, East Malaysia which is discussed within the historical context of why this phenomenon is a never-ending issue. Second, this paper focuses on security issues and gender in relation to the presence of increasing number of immigrants, and in particular, how these issues affect female immigrants.Third, this paper discusses survival issues among women immigrants working in various sectors in urban centers — how they culturally adapt, live, sustain and face security aspects in the country of destination.For decades, even before the formation of the Federation of Malaysia, Kota Kinabalu had been the 'economic magnet' to foreign immigrants, in particular from the Philippines and Indonesia. Security is one of the compelling issues, notably, how the presence of immigrants have an impact on the city's public and human security. The increasing apprehension and discrimination towards foreign immigrants requires the need to understand security at the state/national level, the community level and the individual level. This paper seeks to understand how factors such as the process of adaptation, cultural resilience and local resentment affect women immigrants. This paper also illustrates how the state government, in dealing with security issues, intervened stringently in countering immigrant-related problems in order to make Kota Kinabalu a safe city.